AJK & Tugas



Tugas dan Tanggungjawab Pengetua/Guru Besar

Pengetua /Guru Besar merupakan pemegang akauntabiliti dalam pelaksanaan dan pengurusan SPBT peringkat sekolah. Pengetua/Guru Besar merupakan pelaksana dasar-dasar yang berkaitan dengan SPBT di sekolah. Pemahaman dan penghayatan tentang dasar serta pengurusan SPBT di sekolah harus dipertingkat demi memastikan pelaksanaan dan pengurusan SPBT di sekolah menepati tujuan program SPBT.

      Pengurusan SPBT di sekolah perlu diberi keutamaan kerana program ini bertujuan membekalkan buku teks untuk murid. Pengetua/Guru Besar hendaklah menimbulkan kesedaran dan rasa tanggungjawab terhadap pelaksanaan dan pengurusan SPBT kepada semua guru, murid, ibu bapa atau penjaga, dan staf sokongan sekolah. 

     Dalam melaksanakan dan menguruskan SPBT di sekolah , Pengetua/Guru Besar mempunyai tugas dan tanggungjawab seperti berikut :



(i)   Mengadakan semua kemudahan yang diperlukan dalam pelaksanaan dan pengurusan SPBT di sekolah seperti Bilik Operasi SPBT Sekolah, bantuan perkeranian, fail, buku stok, cap SPBT, dan boring-borang maklumat yang berkaitan.
(ii)  Menubuhkan Jawatankuasa SPBT Sekolah yang dianggotai oleh Pengetua/Guru Besar, Guru Penolong Kanan HEM/Guru Penyelia Petan, Setiausaha SPBT, dan guru penyelaras Tahun 1 hingga 6/guru penyelaras Kelas Peralihan hingga Tingkatan 5.
(iii)  Menubuhkan Jawatankuasa Kelayakan Murid yang terdiri daripada Pengetua/Guru Besar, Guru Penolong Kanan HEM/Guru Penyelia Petang, wakil PIBG, dan dua orang guru SPBT.
(iv)  Menubuhkan Jawatankuasa Lembaga Pemeriksa Pelupusan yang terdiri daripada Pengetua/Guru Besar, Guru Penolong Kanan HEM, dan guru SPBT.
(v)   Bertanggungjawab terhadap semua data dan maklumat berkaitan dengan SPBT.
 


SENARAI TUGAS GURU SPBT

Guru SPBT bertanggungjawab terus terhadap pelaksanaan dan pengurusan SPBT di sekolah. Tugas-tugas dan tanggungjawab Guru SPBT adalah seperti berikut :

1.   Menghayati, mematuhi dan melaksanakan semua arahan berkaitan dengan SPBT.
2.   Menguruskan Bilik operasi SPBT sekolah (BOSS).
3.   Membuat permohonan keperluan buku teks SPBT dengan tepat dan benar.
4.   Mengedarkan, mengumpulkan dan menyemak Borang Kelayakan Murid (SPBT1).
5.   Menyediakan data enrolmen murid dan murid layak yang terkini.
6.   Menyelaras pengagihan buku teks kepada murid melalui penyelaras tingkatan/tahun atau guru kelas.
7.   Menyelaraskan pengisian Borang Rekod pinjaman Buku Teks (Borang SPBT G).
8.   Mengurus dan mengemaskinikan semua fail serta buku stok SPBT dari semasa ke semasa.
9.   Menerima dan menyemak bekalan buku teks daripada penerbit atau pengedar seperti yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar.
10. Menandatangani SAP/Invois atau Nota Serahan.
11.  Mengurus penggantian buku teks yang diterima daripada penerbit atau yang dirosakkan/dihilangkan oleh murid.
12.  Membuat pemeriksaan fizikal buku teks SPBT yang diterima daripada penerbit dan yang disimpan di dalam Bilik Operasi SPBT serta di tangan murid dari masa ke semasa.
13.  Memastikan buku teks SPBT dicap dengan menggunakan cap SPBT dan mencatatkan tarikh penerimaan dan nombor perolehan.
14.  Menguruskan pelupusan buku teks dari masa ke semasa.
15.  Menjadi Setiausaha Jawatankuasa    SPBT Sekolah, Jawatankuasa Kelayakan Murid dan Jawatankuasa Lembaga Pemeriksa Pelupusan Buku Teks Sekolah.
16. Melaporkan kepada Penolong Kanan HEM/Penyelia Petang sebarang masalah yang berkaitan dengan SPBT untuk tindakan selanjutnya.
17.  Merancang dan menguruskan baik pulih buku teks.
18.  Menyediakan takwim pengurusan SPBT peningkatan sekolah.
19.  Menjadi Guru Penasihat Kelap SPBT Sekolah.