Peraturan & Pengurusan









FAIL-FAIL SPBT



NO. FAIL
NAMA FAIL
KANDUNGAN FAIL
01
Enrolmen Murid/Murid Layak dan Tidak Layak
Senarai enrolmen murid mengikut tahun/tingkatan termasuk murid layak dan tidak layak.
02
BTBT190, BTBT170 dan BTBT460
1. Borang BTBT190, BTBT170
2. Penyata BTBT460
3. Dokumen berkaitan
    permohonan / pemesanan tambahan
03
Sijil Akuan Penerimaan/invois /Nota Serahan
1. Salinan Sijil Akuan Penerimaan (SAP)
2. Salinan invois
3. Salinan Nota Serahan
04
Pekeliling SPBT
1. Surat Pekeliling ikhtisas berkaitan SPBT
2. Surat Pekeliling berkaitan SPBT
05
Surat menyurat dengan BBT/JPN/PPD/JAIN berkaitan dengan SPBT
1. Surat-surat edaran daripada BBT/JPN/PPD/JAIN
 2. Salinan surat makluman / tindakan / jawapan daripada sekolah ke BBT/JPN/PPD/JAIN
06
Rekod Pinjaman Buku Teks
Borang SPBT G
07
Pelupusan Buku Teks SPBT
1. Surat-menyurat berkaitan pelupusan
2. Salinan Borang Kew PA-17
3. Salinan Borang Kew PA-18
4. Salinan Borang Kew PA-19
08
Rekod Buku Hilang/Rosak dan Gantian
Dokumen,  penyata dan laporan kehilangan, musnah dan gentian buku teks SPBT
09
Penyeliaan/Pemantauan dan Aduan
Dokumen atau surat laporan, teguran hasil penyeliaan dan  pemantauan BBT/JPN/PPD/JAIN/ Nazir/Audit serta aduan ibu bapa
10
Minit curia SPBT
Catatan maklumat penting taklimat
11
Minit mesyuarat SPBT
Minit mesyuarat dengan ahli jawatankuasa SPBT sekolah
12
Fail Kelab SPBT : Maklumat
Takwin SPBT / Perancangan Aktiviti Tahunan / Carta organisasi / Peraturan dan Perlembagaan
13
Fail kelab SPBT : Minit mesyuarat SPBT
Rekod kehadiran pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum kelab SPBT
14
Kehariran dan aktiviti
Minit mesyuarat dengan ahli jawatankuasa kelab SPBT
15
Fail Bilik Operasi SPBT Daerah
Hantaran dan Pengeluaran buku SPBT ke Depot
16
Fail Emateks
Laporan penerima buku teks oleh sekolah secara online






Tugas dan Tanggungjawab Murid



Dalam pelaksanaan SPBT di sekolah, kesedaran di kalangan murid dalam menghargai bantuan yang diberikan kepada mereka adalah amat penting. Mereka seharusnya dipupuk dengan rasa kesedaran atas sumbangan yang disediakan oleh kerajaan dalam pendidikan mereka. Oleh itu, murid perlu memainkan peranan mereka dengan tugas dan tanggungjawab seperti yang berikut :

(i)   Murid sebagai pengguna buku teks hendaklah menghargai sumbangan kerajaan.
(ii) Murid hendaklah mempunyai sikap bertanggungjawab dan sayang akan buku teks  dengan cara:


(a) Membalut buku teks.

(b) Menjaga kebersihan dan keselamatan buku teks.

(c) Mengembalikan buku teks yang dipinjam pada masa yang ditetapkan.

(d) Menggantikan buku teks yang dihilangkan/dirosakkan.

(iii) Mengisi maklumat diri yang lengkap sebagai peminjam di ruang yang disediakan pada cap SPBT.



Tugas dan Tanggungjawab Ibu Bapa atau Penjaga


Ibu bapa atau penjaga murid perlu memainkan peranan dalam pelaksanaan dan pengurusan SPBT sekolah demi menghargai bantuan yang disediakan oleh kerajaan. Ibu bapa atau penjaga seharusnya memupuk rasa saying akan buku teks di kalangan anak mereka. Mereka seharusnya menjamin keselamatan buku berkenaan.
Oleh itu, ibu bapa atau penjaga mempunyai tugas dan tanggungjawab seperti yang berikut:

(i)    Memberi maklumat yang tepat dan benar dalam pengisisan Borang Kelayakan Murid  (Borang SPBT 1).

(ii)    Memupuk sikap saying akan buku teks SPBT kepada anak/ tanggungan mereka.

(iii)   Memastikan buku teks yang dipinjam oleh anak/tanggungan mereka dikembalikan pada masa yang ditetapkan.

(iv)    Mengganti buku teks yang dihilangkan atau dirosakkan oleh anak/tanggungan mereka.

(v)   Memastikan anak/tanggungan ibu bapa atau penjaga membawa buku teks mengikut jadual yang ditetapkan oleh sekolah.